Pages

Permata Hati

Monday, April 6, 2015

#Bukan semua orang kuat.

Assalamualaikum.

Lama betul tak menulis. Nope. Aku menaip sebenarnya. Jenuh la nak menulis. Matilanak. Aku selalu nya terus taip je tapi kebanyakannya aku update kat insta. Korang boleh tengok ig aku @zatyyizzaty92 yang tak berapa nak ramai followers pun. Ada aku kisah ke ? Aku bukan hadap followers. Kebanyakan yang follow aku tu instashop tahu tak. Diorang macam tahu je aku kaki shoping online. 

Aku mintak maaf kalau entry aku ni ada huruf tertinggal sampai korang tak boleh baca. Masalahnya ada orang nak baca ke ? Tak kisahlah. Kalau adalah kan aku mintak maaf awal-awal. Aku curi-curi online blog ni dekat pc my workpace. Korang faham-faham jelah keyboard dah nak uzur diorang still guna. Bersyukur jela kan tak payah banyak complain sangat zaty oi. 
 
Cerita pasal kuat. Bukan semua orang kuat. Yes. Mata bengkak akhir-akhir ni bukan sengaja aku tumbuk mata sendiri atau cucuk garfu macam Kassim Selamat tu. Tiap-tiap malam aku meratap. Bukan aku tak solat tak doa kat Tuhan mintak tenangkan hati aku. Tapi  realitinya susah betul aku nak lupa semuanya macam tu je. Kehilangan tu macam PAAP. Terus hilang sekelip mata. Takde hint langsung ! 
 
Kawan-kawan yang dekat dengan aku tahu apa yang jadi. Banyak kata positif yang diorang bagi kat aku. Keluarga aku. Especially mak aku. Mak memang sahabat aku. Kesian mak. Berharap sangat anak dia bahagia macam orang lain. Maaf mak. Aku tahu mak tak baca pun blog aku ni. Manalah tahu mak stalker blog aku jugakkan. Macam dia stalker laman sosial aku yang lain.
 
Banyak kali aku dengar ayat "kau kena kuat" . Ye aku kena kuat. Cinta je kot. Gagal dalam cinta tak bermakna kau gagal semua benda. Betul. I admit. Tapi memang susah terus terang aku cakap. 
Sebabnya every single moment yang aku buat aku teringat dia. Dia. Dia yang aku sayangkan sangat tu.
Sampai saat ni, aku terfikir-fikir apa salah aku dengan dia. Sampai dia buat keputusan tanpa fikirkan aku.
 
Bukan semua orang kuat nak lalui semua ni. Peluang yang aku bagi disia-siakan. Takke frust menonggeng aku ? Aku tengah fikir macamana aku nak hadap benda ni hari-hari. Diorang kata aku kena cari perkara baru untuk dibuat. Yelah. Untuk sibukkan diri. 
 
Ingat sibukkan diri tu boleh buat aku lupa dia ?? Aku cubalah. Berapa lama masa yang aku nak ambil untuk hilangkan perasaan tu. Aku sendiri tak tahu. Sekarang aku sedar bila asyik benda yang sama jadi kat aku. Ending yang tak macam aku harapkan. Mungkin aku patut berehat dari soal relationship. Kurang bernasib baik dalam soal relationship. So soalan kawan-kawan aku dalam group whatsapp tu yang bila nak kahwin ? So sorry lah korang. Aku takda jawapannya. Doakan je yang baik-baik untuk aku.
 
Buat masa sekarang, lebih baik aku mendekatkan diri dengan Tuhan Pencipta kita. Mungkin dari situ aku akan lebih bersyukur. Dan lebih mencintai diri aku sendiri. Berbanding mencintai manusia.
 
Diam. Menangis.
 
 



Wednesday, July 16, 2014

#Blogging


Assalamualaikum..Wow! Bersawang blog nih. Almost one year aku tak update apa2. Aku sibuk. Korang kena maafkan aku.haha. Aku baru mula kerja. Memang tak sempat aku nak berblogging dan aku malas pun sebenarnya, Hihi. Aku rasa macam nak tukar blogskin pun ada ni. More to simple. Aku dah tak nak pakai template ni. Tapi mana lak aku nak mencari blogskin yg simple2 ni yee.

Actually aku kat kampung ni.Aku balik bercuti 2 syif je. Then lepas ni balik sana, kerja lagi. Aku tak balik raya tahun ni. For the first time. Dan aku tahu lepas ni pun aku memang takkan dapat balik raya, haha. Aku dah redha dah sejak aku masuk unit beruniform ni. So aku amik peluang balik cuti puasa. Dapat jugak aku spend time dengan family.

Okeylah korang. nanti bila2 aku sembang kat sini lagi. Ta daa.
Selamat Berpuasa