Pages

Permata Hati

Friday, May 25, 2012

: : Minggu-minggu terakhir praktikal : :


Salam korang..
Harini zaty diraikan bersama 2 org guru yg nak berpindah sekolah sempena tamatnya zaty menjalani latihan industri kat cni..Actually,next week zaty ada lagi at sekolah ni..Nak menghabiskan lagi sisa-sisa kerja zaty..Nak ambil cop technician apa semua..And kena carik maklumat sikit untuk report zaty..Aduyaii..petunjuk untuk buat report akhir tak sampai-sampai lagi nih..HUHU
So,after this maybe bulan 7 nanti baru zaty akan update blog..Mase tu sure banyak story yg zaty nak sharekan ngn korang..Btw,dak cerita nih,td masa jamuan perpisahan tu,zaty dapat hadiah la sikit tanda kenangan kan..Nak taw apa hadiah dalam tu?Jeng...Jeng..Zaty dapat hadiah alarm clock..Wahhh2..perli zaty nh suh bangun awal untuk buat report la ni cuti sebulan ni..Haha..Apa2 pun terima kasih sgt kat staff2 n guru2 n ta lupe mentor zaty abg shafiq yg banyak bagi tunjuk ajar..InsyaAllah akan zaty praktikkan lepas nih segala ilmu yg zaty timba at cni..Zaty lupa na bawak kamera td masa jamuan..Sorry..no pictures,,haha..Tapi,ada gambar zaty syok sendiri at bwh nih..
ZAty tak chumell mcm korang <3






Bye2 korang...Assalamualaikum..



Thursday, May 24, 2012

: : View of Sekinchan, Selangor : :

Salam....Lamanya lah zaty tak update blog..sorry ye..buzy n penat sikitlah sejak akhir2 ni..<3
Korang semua sihat ke...?Almaklumlah sekarang ni musim demam,batuk n selesema..zaty pun baru je baik dr demam..Okey lah,zaty just na share shoot zaty at sekinchan minggu lepas..Macamane zaty bole sampai ke sane,actually zaty pergi jenguk saudara yg dah lama kitorang tak jumpa..So,alang2 ke sana,zaty shoot lah sikit2..Just belaja2 tembak gambar..:)Btw,kat area2 sabak bernam,sekinchan n tanjung karang sekarang padi tengah menguning taw..View sgt menarik untuk korang shoot at sana..<3

<--------Sekitar Sekinchan, Selangor-------->




Ni je pic yg zaty shoot haritu berbentuk natural sikit..I am newbie yer :) Komen yg membina diperlukan..Salam semua..

Monday, May 21, 2012

: : Hang Out Genting : :


Salam semua :) Salam hari Isnin Salam semangat memulakan minggu baru..Sabtu ahd lepas,korang pergi mana?Mesti kuar hang out dengan kwn2,family or bF kan...Sabtu lepas zaty hang out ke Genting dengan kwn2 zaty..Family zaty hantar zaty at Batang Kali tunggu smpai kwn2 zaty dtg..Depa dtg dengan Myvi putih kepunyaan Rahmat kwn zaty..Lagi satu kereta,kami bertembung di atas..5 tahun zaty tinggal di Batang Kali dulu,tak pernah naik atas pon..Sebab mak zaty seorang yg gayat..haha.1 family tak boleh naik atas..Baru semalam zaty dpt peluang menjejakkan kaki ke atas sana..


Nampak sgt pendeknya bila berdiri sebelah Dya sara nh..huhu

Dari kiri : Anas Bukharie tercinta,Farouk,Zairul yang poyo

Rahmat Cooper kesayangan Dya Sara



Sape la snap pic ni...



Gambar banyak lagi tapi letak sikit jelah ye..Yg lain simpan dlm lappy je..Okeylah..sekian saje..Btw,zaty lg 2 minggu untuk habiskan praktikal..Lepas ni,zaty akn jarang update blog sampai buln 7.Bulan 7 zaty akan kembali aktif berblog ye..Zaty akn naik semester buln 7 nanti..Zaty jugak sedang meningkatkan ilmu editing dan photography sekarang..InsyaAllah bila dah mahir zaty akan sentiasa update dengan gambar2 photoshoot or apa saja gambar yg zaty snap okeyhh..Wait for it yaa.TQ followers zaty yg awesome . zaty tak awesome !! :)

Monday, May 14, 2012

: : DSLR pertamaku,tercapai akhirnya : :





Salam semua :) Jumpa lagi minggu nih..Zaty tak sabar nak share dengan korang semua..Akhirnya,semalam impian zaty untuk memiliki DSLR dah tercapai..Zaty bersyukur sangat zaty dah dapat apa yang zaty idamkan selama nih..Semalam Hari Ibu kan,bukan zaty yang bagi hadiah pada mak zaty,tapi mak yang bagi something pada zaty..Thank mom !! Zaty janji akan naikkan POINTER semester depan ye..hehehe..


Mak dah habaq awal2 dah,kalau zaty tak jaga pointer zaty sem depan ni,mak ambil balik DSLR zaty tu..Perghhh..Menangis sampai air mata kering lah kan kalau mak ambil n simpan kamera tu dalam almari.haha..Okeylah mak,zaty akan naikkan pointer zaty lagi ye..:)Siap nak buat perjanjian hitam putih lagi tu taw..Tapi,mak gurau je..Takkan sampai nak buat perjanjian hitam putih kot mak...Papepun,my mom memang terbaiklah,No one can replace her place in our heart..Mak bukan sahaja seorang ibu,tapi mak jugak sahabat zaty..Thanks mom coz melahirkan n mmbesarkan zaty..n for the Canon Eos tu,thans jugak coz belikan untuk zaty..Promis u I will struggle for the next semester..2 more semester to I end my diploma study..InsyaAllah dengan adanya kamera ni Zaty dapat tambah semangat lagi..hehe..Doakan zaty supaya jadi photographer terkenal wanita one day :)
<--- Photography itu duniaku --->


Last but not least,Happy Mother's Day again my mom n Thanks so muchh..I love u <3

Wednesday, May 9, 2012

: : Apa kaitan kuku dengan kesihatan ?? : :


Salam semua :) zaty tak mau buat wordless wednesday arini coz zaty have word laa..haha.Apa zaty merepek nih..?surely korang tak faham ape yg zaty melalut tdikan..haha.never mind,lupekan saje..Nak taw tak apa kaitan kuku kita dgn kesihatan ?? Jom Check it out ------ >>>


Kebiruan : Jika timbul warna biru pada pangkal kuku,ia menandakan kitaran darah kamu tidak lengkap dan tergolong sbg gejala penyakit jantung..( Haa??wahh,,takut2..)

Merah muda,coklat : Apabila separuh bahagian di hujung kuku bertukar warna merah muda atau coklat manakala kutikel menjadi putih,itu petanda kamu mengalami kerosakan ginjal..

Kelihatan kusam : Kalau timbul kerutan melintang dan warna kuku makin kusam,ia menunjukkan kamu kekurangan nutrisi atau gejala penyakit spt demam campak,cacar air,denggi,jantung dan kekejangan.

Lapisan merah membujur : Ia menandakan berlaku pendarahan pd saluran kapilari manakala garisan berganda pula merupakan gejala kamu mungkin menghidapi penyakit darah tinggi.

Pertumbuhan lambat : Jika ia tebal dan mengeras serta kekuning-kuningan,itu menandakan kamu mungkin berdepan masalah pencernaan yg kronik.

Timbul bintik-bintik : Ia menandakan penyakit psoriasis atau penyakit kulit kronik boleh menyerang kamu.

Lengkungan berlebihan : Kalau melengkung berlebihan pd pangkal kuku dan sekitarnya , ia menandakan gejala penyakit emfisema yg mrupakan gangguan paru-paru,penyakit kardiovaskular atau hati.

So..cuba tengok kuku-kuku korang skarang..huhu.zaty pun tengah tengok kuku zaty ni..Nak share info tambahan lg ni,cara potong kuku ikut sunnah Rasulullah S.A.W ----- >

Nampak kan...??


Monday, May 7, 2012

: : Entry bergambar weekend yg lalu : :


Nak buat wordless monday boleh tak..?Huhu..serously,tak de mood nak tulis pape arini..Buat entry bergambar jela ye..

With my 2 pupu..huhu

Tudung dr Adah/Nuruls Bawal Collection

Sunglasses baru tu,cantik ta..??


Okey lah...itu je entry bergmbar..daa :)

Friday, May 4, 2012

: : New header from miss z :: Thank you !!



Salam alls dhari jumaat yg penuh barakah ini....:)Semalam,zaty ada join kuiz taw dari miss z ..
Nak tengok kuiz apa yg zaty join at cinie -----> KLIK
Kuiz nya simple je...hehe..So,disebabkan kemenangan zaty menjawab dgn pantas tu,zaty dapat free header dari miss z :) Cantik kan...?


Kalau korang nak header mcm nih jugak,korang boleh buat tempahan taw dgn miss z..
Korang singgah la blog miss z yg comel tu..:)Btw,thanks miss z..

---------> miss z <---------



Thursday, May 3, 2012

: : 1st GA BY CIK LYNN : :


Hai korang :) zaty nak join 1st GA dari Cik Lynn..wahh,nmpaknye Cik Lynn kite nh baru lek dr melancong :) GA menarik,ada keychain aw ...JOm JOIN.. Nak JOIN -----> KLIK



Nak join,ade syarat2 nya :)
  1. jadi follower/geng Cik Lynn.
  2. wat entry '1st GA BY CIK LYNN'
  3. copy pic atas n link ke entry ni....
  4. hantar link entry korang tu ke entry GA ni....
Closing date : 13 Mei 2012

: : Latihan Praktikal : 8 TIP AGAR TIDAK SIA-SIA : :



Salam guys :) Entry zaty arini berkaitan praktikal..or latihan industri dlm istilah pengajian tinggi..Zaty one of student praktikal yg kini sedang menjalani latihan industri di sebuah organisasi kerajaan :) This 4 Jun,zaty akan habis praktikal zaty at cnie..Even,zaty tak banyak buat technical,tp mcm2 gak pengalaman yg zaty dapat..Kemahiran komunikasi zaty dengan orang lain pun semakin baik :) Tidaklah pasif sgt dah..Ada baiknya lah subjek Softskill masa semester 3 aritu..huhu..Ape2 pun,kat cinie zaty nak kongsi artikel berkenaan tips praktikal agar tidak sia-sia.

Bancuh air,fotostat dokumen,ambil minit mesyuarat,Itulah antara pengalaman yang terpaksa dihadapi oleh segelintir pelajar latihan amali dan industri atau praktikal yang ditempatkan di organisasi pekerjaan sama ada di sektor swasta mahupun di badan kerajaan.Mungkin ramai di luar sana yang pernah mengalaminya :)
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEP) mendedahkan ada pelajar universiti yang menjalani latihan praktikal turut diarah membuat tugas-tugasan remeh yang langsung tidak memberi peluang pada mereka untuk mengaplikasi dan mempraktikkan ilmu yg dtimba di uni.Di antara punca utama timbulnya masalah ini dsebabkan KPTM dan institusi pengajian tggi tidak menyediakan sukatan latihan sebagai garis panduan 'standard' utk diikuti syarikat yg mnerima pelajar  berkenaan.
 
 
 Bagi syarikat pula,tiada perundangan yg mewajibkan mereka menyediakan latihan industri kpd pelajar IPT sebaliknya mereka mmberi kerjasama sbg mmenuhi tanggungjawab sosial.dtambah pula jika terdapat pihak syarikat yg tidak jelas apakah 'output' sebenar dan pengisian yg dikehendaki spnjang tempoh trsebut.Lebih memburukkan keadaan jika pihak IPT pula tidak melaksanakn pemanatuan secara berkala menyebabkan ramai pelajar mengikuti latihan amali dan industri sambil lewa sahaja.

Tip 1 : Fahami ciri-ciri pekerja yg dicari oleh organisasi.
Tip 2 : Anggap latihan praktikal sebagai kerjaya sebenar.
Tip 3 : Bersikap ramah dan sedia bertegur dengan semua kakitangan yg ditemui.
Tip 4 : Jangan merungut dengan tugas remeh yg diberikan.
Tip 5 : Lupakan facebook,twitter atau blogging.(ehem,zaty buat nh.hehe )
Tip 6 : Berpakaian kemas mengikut etika yg ditetapkan.
Tip 7 : Rajin bertanya dan mencari mentor.
Tip 8 : Susulan selepas kerjaya.


Akhira kata,semoga berjaya menamatkan latihan industri pd semua yg sedang menjalani latihan industri :) Untuk rakan2 Dip.Kej.Elektronik Komputer PSAS,habis l.I 18 Mei ni,zaty habis 4 Jun ahakss..late hbis ciket dr dpa..coz ada tukar tempat organisasi arituh.Btw,jumpe korang next semester :)