Pages

Permata Hati

Thursday, October 10, 2013

# Persiapan ke Akademi Imigresen Malaysia

Assalamualaikum.. Hai korang.. Lama betul aku tak update.. Dekat sebulan jugak la. Disebabkan sim kad WiFi porta celcom aku yang rosak , aku tak dapat nak online.. Nasib baik la semalam mak aku pergi Celcom. dah tukar sim yg baru. Now dah boleh online. Aku baru je download apps blogger ni. Untuk tab iman. So harini nak try..

So memandangkan lagi 10 hari aku dh nak masuk akademi banyak persiapan yg tengah aku buat. Macam nak register asrama je rasanya. Hihi baju kurung putih yg aku beli aku beli baju sekolah je. Memang rasa mcm nak jadi student sekolah lagi.

Its a lot of things yg aku kena settle kan. Photostat segala mcm dokumen   n mcm2 lagi.
Dalam excited aku terasa sedih jugak untuk tinggalkn family..

Xoxo

Wednesday, September 11, 2013

# DONE bayar yuran KONVOKESYEN #

Hai korang..entry untuk harini..just sharing important thing for today..
Harini dah settle bayar yuran konvokesyen yang berjumlah RM190.00 bagi yang hadir manakala yang tak hadir pulak kena bayar RM110.00. Tak jauh beza pun.so better hadir je..moment penting kan..

so..today aku dah pergi ke Maybank tadi untuk buat pembayaran then aku terus pergi ke PSAS untuk hantar dokumen yg diperlukan ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar tadi..Senang..tak perlu aku nak pos lagi dah alang2 keluar ke pekan.

So, next week aku akan mula bz dengan majlis raptai dan hari kejadian konvo tu..
Dan aku jugak perlu buat medical checkup dan akuan sumpah coz after Raya Haji nanty aku dah kena lapor diri di Akademi Imigresen Malaysia at PD..
Aku akan update segalanya nanti..about convo day..
Check it out..

DONE for today..itu saja..

Thursday, September 5, 2013

# GA BY ZALINZALINA

Hai korang..Aku nak join GA ni..Jemput korang sekali lah join okey..

Syarat2 nak join :-
1.  Buat satu entri GA BY ZALINZALINA
2.  Letak banner GA BY ZALINZALINA dan link kan sekali
3. Letak 3 tajuk entri dalam blog ni yang paling disukai dan linkan
4. Tinggalkan komen
5.Follow blog owner

Hadiah2 nya korang boleh view kat blog si owner k..

Entry yang aku paling suka dalam blog kak zalin :-)

tarikh tutup 12/09/2013

Wassalam..

# Yang Allah suka...

Hai korang..entry untuk hari ini..Tengah hari sikit aku update..Coz wifi aku kat rumah ni agak pelik sikit..Kalau ON pagi2, confirm takkan ada line..Nak ON, tunggu dan ke atas..Aku pun tak tahu sejak bila wifi ni jadi macam ni..Baru-baru ni perangai wifi ni jadi macam ni laa..
Sebab tu la, aku baru boleh online ni..

Ok, berbalik pada tajuk entry diatas ( Yang Allah Suka ) .. Yang Allah suka sudah tentulah perkara yg membawa kebaikan kwn2.. Apa yg aku nak kongsikan, Yang Allah suka dalam soal memilih pasangan hidup. Kita hidup sekarang bukan sesuka hati hidup.. Tentu saje ada peraturan. kan..?
Begitu jugak dalam soal memilih pasangan hidup. Bukan sesuka hati pilih. "Aku suka dia, aku nak kahwin dengan dia" , "Apapun yang jadi aku nak jugak dia", Ni dialog yang selalu kita dengarlah kan..Dalam tv or in reality.. Apa yang kita kena titikberatkan dalam memilih pasangan hidup ? Berfikir sejenak di luar kotak jodoh itu telah ditetapkan. Ye, jodoh memang dah ditetapkan. Tapi, kita diberi ruang dan pilihan untuk memilih jodoh yang baik.

1. Yang Allah suka - Cari yang baik dari segi agamanya..
2. Yang family suka - Dah tentulah kena cari yang family kita suka. Barulah rukun hidup berumahtangga nanti. Dapat restu dari family.
3. Yang kita suka - Tentulah yg kita suka. Kalau tak suka macamana boleh kahwin.. hihi
Ingat 3 keywords ni :-
A - Agama ( Ada ilmu agama )
B- Bersih ( Bersih, tidak pengotor )
C- Cantik ( Cantik tu bukanlah cantik mcm ratu cantik tu. Sedap mata memandang cukuplah )

Apa yang korang baca ni adalah apa yg aku tengok dalam 3Ustazah di Oasis pagi td..Terdetik di hati nak share dalam blog dalam bahasa aku sendiri..
Semoga dapat manfaat sedikit sebanyak..

Wassalam..

Wednesday, September 4, 2013

# Oopss..terlepas pulak :-)

Hai korang..entri untuk harini..Actually, aku baru balik dari Putrajaya..Dengan family bawa adik
hadir interview..Pusing2 Putrajaya berapa kali entah dekat roundabout besar tu..hihi..
Okey..cerita pasal Putrajaya tadi..Sementara tunggu adik aku selesai interview tu, aku dan family decide untuk minum2 dekat medan selera area Kompleks B Jabatan Perdana Menteri tu..

Dah dapat tempat duduk..Aku dan mak pergi lah dekat stall2 yang ada kat situ..Ada macam2 stall..Stall nasi lemak..Stall untuk minuman..Oleh kerana waktu tu adalah waktu pagi..Of courselah nak makan Nasi Lemak kan..Then, pergi order air pula.. At that time, aku dan emak lalu belakang seorang lelaki ni.. I guess pekerja dekat2 salah satu stall makanan yang ada kat situ..

Then,dia ada kat stall minuman tu untuk order air..Tup tup kami lalu belakang dia..Ada bunyi Puuuppp..taw tak bunyi apa..? Haha..Bunyi kentut sih..Kurang diajar punya mamat..
Mak aku terus tarik tangan aku jauh sikit dari dia..And then,mamat tu macam perasan kitorang dengar.. Dia ingat kitorang tak dengar kot dia kentut tu..Hey, kitorang dengar and saja buat tak perasan sebab nak jaga hati orang tu..Takut dia malu kan..

Ish3..encik abang, lain kali jangan la dok kentut sesuka hati macam tu..Tak hormat orang sekeliling ke..Tak ke malu orang tahu awak dah kentut..Aduhaii..tak sanggup nak pandang muka cik abang tu..
Takut dia termalu..Aku pulak tak tahan nak gelak dah..Mak buat muka steady je aku tengok..
haha..

Itulah kisah kami..The moral of story, kalau nak kentut tu pandang2 orang dulula..Kalau orang dengar kan dah malu..Lagipun,tak eloklah..

Wassalam..

Tuesday, September 3, 2013

# Kuih bulan...Halal atau tidak halal dimakan...?

Hai korang..entry kedua untuk harini..Aku tengah rajin nak update ni biarlah kan..Sesiapa yg tak baca lagi entry sebelum ini dipersilalan baca..Jemputla singgah baca sat naa..
Okey untuk topik kali ini..Aku memilih tajuk berkenaan kuih bulan..Pernah dengar kan..?Pernah makan?Ok,jom aku introduce sikit pasal kuih bulan ni..

Kuih bulan adalah salah sebuah kuih tradisional cina. Ia dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.

Persoalannya adakah kuih bulan ini HALAL dimakan..? Mengikut JAKIM,hanya ada 6 pengeluar kuih bulan saja yang telah mendapat sijil HALAL..Kesahihannya, korang boleh pergi ke link ini
www.halal.gov.my

Actually, aku pernah rasa sikit..Yang ini..Betul2 sikit je..Yang aku rasa ni,ada cop HALAL nya..
Tapi,aku rasa ini kali pertama aku rasa and terakhir kali lah kot..

Okeylah korang..sekian sahaja entry pd malam ni..Aku kena iron baju untuk esok..
Adik aku ada interview gov kat SPP,Putrajaya..So,kena bangun awal..
Daa korang...Selamat membaca..dan Mengomen..

# Bila keseorangan..mulalah aku..

Hai korang..Mengambil sedikit masa penganggur sementara mcm aku ni..Untuk tulis something..
Mengisi kekosongan ruang blog aku ni..Aku terfikir..Apa yang korang buat bila keseorangan ?
Macam aku,kalau aku keseorangan..Aku akan duduk satu sudut then aku tengok orang jela kerja aku..Sambil tengok orang tu aku mesti terfikir..Kalau aku tengok perempuan yg cantik,then aku fikir kenapa lah aku tak cantik mcm dia ye..kalau aku tengok lelaki handsome pulak,aku terfikir,ishh apasal handsome sangat mamat ni,then aku carik pulak mana awek dia,aku nak tengok lawa ke tidak..hihi..So bad of me..Aku saja je..Tapi aku rasa korang pun mesti terfikir mcmtu kan..
Tapi jangan ikut mcm aku tu..Tu hobi sementara aku je bila sorang2..Kalau aku dgn ramai2 kwan ke takde masa lah aku nak fikir pasal orang mcmtu sekali..

Apa yg korang buat bila keseorangan...? Aku buat apa lagi ye..Selain tengok orang tu..
Aku duduk main game dalam hp yg sbenarnya aku tak suka main pun..Tapi bila dah bosan takde benda nak dibuat tu aku keluarkan hp then main game dalam tu sampai lebam..walaupun yg sebenarnya dalam hp aku tu cuma ada game POU .. Haha..Aku rasa korang pun pernah buat mcm apa yg aku buat ni..Pura2 main game atau pura2 main sms..Padahal takde sms sesapa pon..
Just untuk menghilang cuak keseorangan..Buat2 konon mcm bahagia duduk sorang2 nih..

Selain tu jugak..Aku akan bukak kasut aku dan duduk bersila atas kerusi..Macam gambar aku yang kat atas sekali tu..Tu tandanya memang dah boring habis..Itulah jugak apa yang aku buat sabtu ahad semalam kat KL sentral..aku borong chatime 1 then duduk sorang2..tunggu nak balik Rawang then Tg.Malim..Serius bosan...

Tu je lah aku nak kongsikan..So,apa yg korang suka buat bila keseorangan ..??

Monday, September 2, 2013

# GA #

' Sticker melekat sehingga 14 September 2013 '

Dengan lafaz "Bismillah" saya lancarkan segmen "First Giveaway CikNyoonyalita" . Giveaway ni bermula pada 1/09/2013 (Ahad) sehingga 14/09/2013 (Sabtu) . Harap dapat sambutan buat kali pertama ni .

# First Giveaway CikNyoonyalita #

hye2 korang..dah lama tak join giveaway nih..harini zaty nak join..korang pun jemput join keyh..
GA ni berlangsung dr 01/09/2013 - 14/09/2013 taw..
Syarat utama :

•   warga negara Malaysia *wajib*
•   follow blog ciknyoonyalita *wajib*
•   like fanpage ciknyoonyalita  *wajib*
•   follow instagram nyoonyalita *kalau tak da abaikan , JUJUR tau*  Follow @nyoonyalita  buat entry bertajuk "First Giveaway CikNyoonyalita" *wajib*
•   tinggalkan link entry di bahagian komen di bawah entry ni (tempat lain tak di ambil kira)  *wajib*
•   klik sampai habis

Syarat sponsor *akan dicheck* :

Like fanpage :

Follow twitter : *kalau tak da abaikan , JUJUR tau*

,   ,  ,  (yg nih korang tgok kat link dlm blog owner GA keyh )

Follow Instagram : *kalau tak da abaikan , JUJUR tau*

Follow @inspierietes

Klik banner dalam entry ni ok ?

Join group blog ni tau .. Support blogger yang lain .. Join Group dekat sini SWEET BLOGGER :)

Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :

' Sticker melekat sehingga 14 September 2013 '

Dengan lafaz "Bismillah" saya lancarkan segmen "First Giveaway CikNyoonyalita" . Giveaway ni bermula pada 1/09/2013 (Ahad) sehingga 14/09/2013 (Sabtu) . Harap dapat sambutan buat kali pertama ni .

and yg terbaik  nye korang,ada 41 hadiah yg menanti utk pemenang GA ni..best kan ??jomlah join..
tp korang kne follow sume syarat2 tu taw..
yg ni  ..HADIAH
Good luck korang :D

Saturday, August 24, 2013

# Ceritera selepas Raya

Assalamualaikum..
Lamanye tak update.bersawang boh blog nih..sorry korang..Zaty takde masa..
grr..alasan jekan..bukan nye takde masa..hihi internet line slow..alasan jugak..
takpelahkan..maafkan ehh..

Raya dah nak habis..Apa cerita raya ? Raya 2013..ermm,biasa2 je bg zaty..masih raya yg biasa2..I want yg LUAR BIASA..tp belum masanya lg kot..masih lg mcm raya2 tahun lepas..duduk rumah then pegang remort tv..So boring..Yg best cuma dpt brsama dgn family je..
Harapan raya tahun depan dapat gy beraya rumah kwn2..yg jauh2 pun..

So..lepas raya ni jugak zaty konvo..Alhamdulillah.akhirnya...
3 tahun study kat politeknik bukan mudah..mencabar sgt2..lagi2 time final year projek atau nama pendek nye FYP..gerun lah dgr FYP dr sem 5 smpai sem 6..berjaya jugk..
A- kottt..A- jer..bukan A+.. :( bersyukur laa..
Okey,story abt konvo..surat nye dah sampai ptg td..so many RULES..
bagai2 je..redha jela..kata na konvo kan..ikut jelah..

Pakaian..pakaian mcm biasa nak pergi kelas tu je..tp tudung PUTIH n kasut HITAM..
rasa nak pow mak baju sehelai kt First Lady jer nih..haha
affordable sgt..
demand ko zaty..bukan demand,alaah 3 tahun kot belaja nh..belanja la cket mak.
hihi utk makluman ,dlm proses memujuk nh..hihi cucuk jarum..

oklah korang..
nite..

Saturday, August 3, 2013

# Pegawai Imigresen to be ..... #

Assalamualaikum korang..sorry..lama tak update blog..Aku agak buzy..hihi ntah apa yg dbuzykan entah..Line internet kat rumah ni kadang2 lambat nak bukak blog mmg tak dapat lah,..
So.mcmana puasa korang ?? Aq alhamdulillah setakat ni puasa ok je.cuma akhir2 ni tak chat pulak..
Selesema n sakit tekak..Bagus..lagi 4 hari nak raya,aku tak beli baju raya pun lg..

Mak abah tak cuty kerja lagi..so..aku kena tggu dorang la utk shopping..
shopping dgn family is always yg terbaikk..lagipun pasni susah la aku nak berkepit dgn mak lagi..
So far Alhamdulillah..dlm bulan Ramadhan ni,aku dapat satu berita gembira..
Aku lulus interview imigresen yg aku pergi 26/6 haritu..Ya Allah..

Alhamdulillah..Aku tak sangka,sebab masa interview aku banyak tak dapat jawab..then,aku bnyak jawab tak pasti lah encik..hihi
tp,terima kasih encik sebab luluskan saya..

so..semalam baru smpai surat perlantikan nye.. surat lapor diri coming soon kot..
kalau nak tgok gmbar nye ada at insta aku.. add lah zeyra_zaty

oklah...guys..salamm..

Thursday, June 6, 2013

# Perpisahan #

Assalamualaikum semua..Hari aku nak berbicara dari hati ke hati..soal perpisahan..Hari ni hari terakhir aku dan rakan2 kelas bersama..Kali ini,memang perpisahan yg betul2 perpisahan..
Sebelum ni,aku masih boleh cakap yg kami akan jumpa lagi sebulan untuk kursus ni..Then,kursus ni dah sampai pd penghujungnya pun..
Bila lagi dapat jumpa..siapa pun tak tahu..Tak berani nak janji apa2..Lepas ni,masing2 pun akan bawak haluan..Ada yg dah nak kerja..Ada jugak yg tunggu tawaran degree..Sama jugak aku..
Aku belum rasa nak balik lagi..Jumaat nanti aku update okey..Coz jumaat nanti kami semua akan balik..dgn bas politeknik..

Dari semester satu aku kenal diorang..Tahun 2010..Bulan Jun..Aku ingat lagi..Masa tu tak nampak belang masing2 lagi..Baik lagi masa tu.huhu..
Tak rapat lagi..Kawan pun biasa2 je..Semester dua,kawan rapat aku pindah UiTM..Siti Khairiyah..Sedih woo..Aku terkapai-kapai jugaklah masa tu..Takde kwn yg rapat dgn aku..
Then,Atikah lagi sorang geng aku pindah jugak..Hmm..Aku pun tak de kawan rapat lepas tu..Semester 3,baru aku rapat dgn Umi..Aku rasa lepas Siti memang dia lah kwn yg aku
boleh percaya..Yg boleh aku harapkan untuk cerita2 soal hati ke,soal lelaki ke..Sampailah semester enam..Dan aku harap sampai bila2 persahabatan ni akan terjalin..Aku jugak nak say thanks sgt
kat kwn2 gurl yg lain mcm Ayu..sedih ayu dah nak balik Pahang..Aku bukan jenis yg boleh tahan nangis..Aku ni penangisan orgnye dr kecik lg mak aku dah cakap..
Nanti kitorang dtg berkampung kt rumah Ayu ye bulan 12 nty..Then,untuk erma..Yg selalu jugak tlg aku dlm pelajaran..Mcm2lah..Ema baik,suak tlg kwn jugak..And for Ira N Aqil jugak..

Berpisah lama tak pernah,lama pun waktu kami praktikal..enam bulan..ataupun waktu cuti semester..Tapi,kali ni..memang berpisah betul2 punya..Lama..
Kalau jumpa pun,insyaAllah masa konvo nanti..Bulan 9..Masa raya nanti ke..Harap aku boleh drive sendiri ke Ipoh..
Tak pun nak buat reunion..Tp aku rasa tak kot dalam masa terdekat ni..Hurm..Aku lupa nak mention lagi sorang, Rizal..Aku rasa kelas kami banyak jugak bergantung
dgn dia..Dia class monitor..And kami pun selalu copy paste jawapan dia..huhu..Dia pandai.tp dia tak kedekut ilmu..Itu yg aku salute kat rizal ni..
Dia mmg banyak lah tolong bab2 pelajaran ni..Tak lokek..Best dapat kenal dia..Aku tak pernah pun ada kwn lelaki mcm dia sebelum ni..

Lagi sorang..Zakwan..Aku tak rapat pun dgn dia ni..Tapi,last2 semester..aku rasa aku suka jugak kawan dgn dia..Dia pun mcm Rizal..Banyak tolong..Kadang2,
dia ambil berat jugak kat kami yg takde transport dulu2 tu..Aku sgt hargai tu..Dia ni aku rasa mcm abg2 sikit..Mcm jaga adik2 dia..Dia ada awek dah..
Kitorang selalu perli2 dia pasal awek dia..Sebab,selalu kitorang kuar,dia tak ikut..Tp,sebenarnya kami saja2 gurau..Aku tahu..dia lelaki yg setia n jaga hati awek dia..
Saja gurau perli2 tu..Harap kau maafkan aku zak..

And for Mira,Ceteria n Hasanah..Aku sedih jugak pisah dgn korang..Mira terawal..Ceteria n Hasanah aku harap korang jangan simpan2 dalam hati dah apa yg jadi masa akhir sem..
Kita semua kawan sampai bila2..Dan untuk yg lain jugak..Untuk student CompTIA yg kursus sama kat cni..Faris dan Loqman dari PSA..Zahid,Fandi,Fifi dan Aizat dari POLISAS..
Aku harap korang keep in touch dgn kitorang..Aku rasa student JKE mmg terbaik..Aku sebut JKE sebab,FAris dan Loqman course Elektronik Kawalan..Yg lain
course DTK..Untuk faris,kau mmg lawak..Kat DTK PSAS,takde org yg happy go lucky mcm kau..huhu..Serius,aku dgn Umi mmg nak gelak je kalau dgr kau menyembang..

Aku rasa setiap saat aku ada kat sini sangat berharga..Setiap masa tu adalah kenangan terindah bg aku..Aku sedih sebenarnya..
Lepas ni,kita jumpa kat alam maya jela..Walaupun,aku suka update status..HAHA..Kalau aku tak update status,korang rindu pulak nanty..Lg2 Rizal,asal pasal update2 status,fb ke blog ke sume
na mengata aku kan..Tp takpe..Tu semua gurau2 jekan..Aku tak ambil hati pun..

Alhamdulillah,even tak dapat sijil CompTIA,aku dapat jugak sijil 1Citizen..Dari Prestariang jugak..Siapa2 yg dapat tu,congrats.. :D
Aku tak tahu nak mengarang apa lagi..Aku memang rasa nak curahkan isi hati je ni..Aku tak sanggup nak tengok sorang2 balik..
Malam ni Ayu balik Pahang..Ntah bila lagi jumpa Ayu..Aku paling takut perpisahan..Aku suka kenal kwn baru,tp aku tak suka time perpisahan..Siapa yg suka kan..
Aku nak minx maaf banyak2 lah andai aku ada kecilkan hati korang masa CompTIA ni..Manalah tahu..Dah tak jumpa lgi..Siapa boleh halang kuasa Allah..

Lastly,Aku update lg nantilah k..Sebak di dada lah..Salam..

Saturday, June 1, 2013

~ Interview untuk Konstable Wanita dan Pegawai IMigresen ~

Hai korang2 semua.. :) Just nak cerita yg zaty dapat panggilan temuduga Konstable 24/6 ni dan temuduga Pegawai Imigresen 26/6 ni.. :) Korang semua doakan zaty ye..Ni sume berkat zaty rajin isi SPA..HUHU Alhamdulillah..dipanggil jugak..
Interview konstable tu dekat IPD Sepang nty..n Pegawai Imigresen tu kat KL..
Weeken ni zaty tak kuar kot..semalam dah penat karaoke n tengok final #VersusMY HUHU..
KOrang ada yg pergi tak ? manalah tahu kan..ada kat celah2 org ramai tu..
Manifesto menang akhirnya..HUHU TOMOK !! Dapatlah jugak snap gmbar dy n record video..Seriously awesome !!
Ni gambar2 kitorang semalam..

Tuesday, May 21, 2013

# Kursus CompTIA A+ @ Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah #

Assalam..hy geng..mmg lama zaty tak update..sorry..i've been busy lately..For ur information, zaty now attend kursus CompTIA A+ for computer students kat Poly Shah Alam ni..Dah 2 minggu kat cni. Bosan jugak..Siang ok la terisi dgn kelas kursus yg dsampaikan oleh Encik Al Malek Shuib..tapi, bila tiba malam, bosan sgtlah..Boleh on9 pun kena turun kafeteria..Baru dpt masuk PSA @ Guest tu..

And lagi satu, hostel kat cni ada mcm horror ciketlah korang..Seriously, I bet u..Takkan berani nak masuk toilet sorang2 pd wktu malam lah..Siang,boleh diterima lg..HIHI.. Malam,if i nak ke toilet,mmg ajak roomate lah..Student lelaki yg kat Kamsis Sentosa pun rajin story benda2 horror yg jadi kat hostel diorang kat kami. Then, bertambah lah fikiran yg mcm2 dlm minda..

Fortunately, setakat ni takda pape yg jadi lg..Alhamdulillah..n tiap2 mlm, zaty rajinkan diri untuk amalkan baca al - quran lepas isyak..mohon supaya kitorang tak kena kacau...
and tido lena..huhu..Lena jugaklah tido setakat ni..Cuma often wake up around 3 am..Terjaga and mata dah siap2 bukak besarq punya..Ehh,jgn bukak besar12 sgtlah mata ni..Zaty akan paksa jugak dia tutup balik n tido semula..huhu..

Mcmtulah rutin seharian kami kat cni..dgn 5 kali mkn, yg perfect 6 kali mkn..tolak supper je takde kat cni..Makanan setakat ni kami berpuas hati..Cuma masa 17 - 19 / 5 haritu, berebut dgn student poly lain yg dtg untuk Rugby match..Confius mana satu makanan utk Rugby and peserta kursus..

And, kat cni jugak zaty nak wish congrats utk my dear friend Nurul Syuhadah Ariadi yg baru je lepas convocation UiTM..Tahniah..A big hand for her..Selamat menyambung pengajian..
zaty bru baca komen dye td..tu tergerak hati nk update nih..bz cket adah,sorry...

oklah korang..masa utk zaty fokus dgn apa yg Encik Malek ckp kat depan tu..
jumpa lagi..

XOXO

Tuesday, April 30, 2013

# Hari-hari Terakhir Diplomaku #

Assalamualaikum korang :) Lama tak update..hoho..Bz final exam lah..Tinggal lg satu payypeerr..Lepastu, merdeka sekejap jelah..Sebulan kitorang kena attend kursus Comptia at PSA..
Jumpa lagilah..Tp mane yg terlibat jela..Yg tak terlibat ngn kursus ni,BYE2 lah korang..huhu..
Hari2 yg terakhir ni zaty isi dgn mcm2 aktiviti dgn kwn2..Pergi karaoke lah..Esok pulak nak gy picnic mandi sungai..hoho..Last day kott..

Lepasni lama lgila bru jejak poly nih lg..tunggu time konvo nty lak..mcm2 perasaan bercampur baur dah hujung2 ni..Terasa dgn kwn2 tu pun ada lg..cuma lebih baik dipendamkan ajelah..Malas nak perbesarkan..anggap itu normal je..Biasalahkan..kehidupan namanya..

Now,zaty perlu memberi jawapan pd satu soalan dr kwn zaty..
Jawapan apa yg zaty nak bagi pun zaty tak tawlah.. :(
Pening2...

Time nih lak rasa nak nyanyi lagu Rindu Setengah Mati by Judika n Atas Nama Cinta by Rossa..
This two songs,very important to me..
HUHU..

Btw,lepak kat Dwarna Warni ni dgn 2 org teman rapatku..
mkn sambil on9....

XOXO

Sunday, April 7, 2013

# I'm In Love with Istanbul !!

Assalamualaikum Hye Korang :D Curik masa jap untuk update HUHU
Title kat atas mcm horror jekan ??In love dgn org Istanbul ke?Haishh,bukan tu lah..Maksud I,in love dgn negara Istanbul..Teringin sangat nak pergi Istanbul..Zaty tengok dalam Istanbul Aku Datang, Subhanallah..Cantik sangat tempatnya..Ada rezeki lebih honeymoon boleh gy Istanbul..One of Islam country..Lautnya pun sangat biru..Some people cakap, tepi laut tu yg ada rumah besar2 tu mostly orang Malaysia taw..mcm kat Cape Town pulak kan ramai rakyat Malaysia..kalau shoot kat sana mesti cantik kan..Haha..Otak kamera..Pantang jumpa tempat cantik,pk nak snap je..

Masjid-masjid kat cni pun cantik2..HOHO..Tiba2 je in love dgn Istanbul nih..Sejak tngok filem IAD haritu dah in love..Malam td mimpi Istanbul...Today terus terfikir nak story kat cnie..Huahua..
So,nak pasang impian nak kerja kumpul duit nak gy cnie selain antar my mom n dan pergi Haji..Teringin sangat nak ke cni..Istanbul !! Here I come HOHO

InsyaAllah..

Wassalam.. :D

Saturday, April 6, 2013

Bila nak tamatkan zaman bujang....

Assalamualaikum korang :) Sihatke semua ? Maaf lame zaty tak update kan ~ Bz lah korang..Bnyak kerja bertimbun..HUHU..Tajuk entry diatas bila nak tamatkan zaman bujang..Lakar2 lah tajuk atas ni kan..Hu3..Em,ramai kawan2 zati yg dah menginjak ke alam perkahwinan kalau korang nk taw..Muda2 lagi dah kawin ni bagus actually..Kahwin muda for me is bagus..Look,nowadays memang ramai pasangan muda memilih untuk berkahwin awal..Yelah,tuntutan Islam kan,lebih baik bernikah daripada jalan sana sini bawak anak dara orang..Tp,dlm soal ni,sokongan family pun sangat penting taw..Zaty salute + tabik hormat lah kat parents yg sokong anaknya untuk kahwin awal..Ini dapat mengelakkan berlakunya zina..Ye kan ?? Tp ramai jugak remaja yg nak kahwin awal tap ditolak mentah2 oleh family..Inilah masalahnya bila terlalu mmentingkan adat drpada tuntutan Islam yg sebenarnya..Bukan takde,ada taw situasi yg mcmni..

So,apa pendapat korang ? Tepuk dada,tanya hati lah..Mana yg lebih penting,adat atau tuntutan Islam ? Setahu zaty,ramai student yg sedang belajar kahwin awal sekarang ni kan..Student2 kat poly zaty pun ada yg zaty dgr cite dah kahwin..Tp tinggal asing2 sebab masih belajar lagi..Dah kahwin pun bukannya tak boleh belajar..Itu perancngan masing2 lah kan..Allah dah turunkan rezeki untuk masing2..masing2 ada rezeki dgn cara tersemdiri..Tp yelah,at least kena jugaklah kuatkan financial tu dulu ye tak..Ada rzeki sikit2 tu boleh dah nikah dulu..Dah cukup nnty boleh buat kenduri pulak..Untuk hebahkan pd masyarakat sekeliling yg kita nh dah kahwin..Kan ??

Apa2 pun jalan yg kita pilih,make sure yg kita tak mmbelakangkan keluarga ok..Kelurga is very important to us..Apa2 pun yg jd pd kita,family always accept kita..So,mintak lah pd Allah,supaya berikan kita petunjuk mana satu jalan yg perlu kita tempuh..InsyaAllah,kalau betul niat kerana Allah,perkahwinan yg kita impikan tak kiralah bila2 masa,muda ke,cepat or lambat,pasti akan terjadi jugak dgn izin Allah S.W.T..

Wallahualam..

#sweet sangat tengok senior2 yg dah kahwin..Muda lagi,tapi dah kahwin..Takde masalah,walaupun sedang belajar..I want to.. :)

Wednesday, April 3, 2013

# Entry Orang Dah Tua :D

Assalamualaikum ;) Sihatkah kamu2 semua ?
Hehe..First of all,zaty nak story yg zaty dah settle all the things about final year projek..Then,tinggal buat report je..Yohoo!!Seronok,then tadi..Penyelia kami suruh masuk pertandingan inovasi for green day..Dia nampak sgt berharap pd team kami..As her wish,kami masuk jugaklah last minute..
Menang or kalah,bergantung.. :) Bawak nama penyelia..Hopefully,ada harapan nak menang jugklah kan..huhu..
Ok,this day..I already 21 y/o..Yohoo..Dah besar !!Badan makin besar..haha..Makin tua ni,makin kena bersikap matang lah kan..Kena ubah mana2 yg patut..Yelah,bertambahnya usia tu bermakna dah makin dekat pulak dgn kematian kan2 ??

And,yg tak best nye td zaty dah kena baling telor n tepung ye tadi..Wahh,bukan main kwn2 zaty buat2 mengantuk lah bagai..Siap dah tidur tu..Terkejut bukan kepalang lah bila kena baling kan..But,it is the best moment I think :) seriously, tak pernah pun sapa2 buat suprise mcmtu kt zaty..Thanks korang.. :)

And,selain wish terbaik dr my parents n wosh2 kwn2 kat fb,my lover..ada wish dr owner KZ Nabihah jugak taw..Tak sangka..huhu..And,the super duper delicious fried rice handmade by my love..Bolehlah,sedap jugak..untuk seorang lelaki memasak bukan senang taw..HIHI

Nak tengok rupa fried rice Mr. AA ke..?Tak yah lah taw..malu..huhu..simpanan peribadi jelah ye..HIHI oklah korang.act sok zaty ada lawatan ke UPM i guess..untuk subjek robotic..kena tido da nih..Good Night..Assalamualaikum..

Saturday, March 23, 2013

# K . A . M . I #

hollah...today,last day kami ke Jalan Pasar, KL..untuk cari brg projek akhir..
Dah habis cari barang, berjimba2 ke Wangsa Walk jap.. Makan kat Box Office Cafe..
Menu aq cm biasa..Regular menu aq lah..Chicken chop with rice..haha

dah banyak sgt merapu mlm nh..act,rasa nak demam ni buat makin bnyk craps ~
Sambil2 buat slide presentation tamadun islam n dgr lagu Angin Syurga by Misha Omar sambil tersedu-sedan ~ huhu

Ubat selesema ada tu,si dia bagi semalam..Tapi,ubat tu mengantuk..Nak tidur nty baru mkn ubat..
Si dia balik IpoH :( Tu pun nak gitaw ka, aq merapu je..minx maaf.. HIHI

Friday, March 22, 2013

# Wanita, bangkitlah ! #

Holla..Salam..
Penat..Just arrived from Jalan Pasar, KL..Buatpa lagi kesana tu kalau tak pasal FYP..
Counting..Brapa hari lagi,presentation..Arghh! DEngan sakit dtg tiba2..Dugaan2..Mmg dugaan betol..Bad flu ni..Nak demam pun ada..Family jauh..Si dia balik Ipoh..Takpa,Allah kan ada.. :(
Kena yakin ! Allah turunkan sakit sebagai penghapus dosa..Harap2 baik sebelum hari Rabu..I hope2..

Orait2..Nak story pasal tajuk diatas..Wanita..Hamboii,mcm dah wanita sgt kau ni zaty..Bukanlah... Remaja lagi,tapi kearah wanita lah kan?? Dah nak 21 kot huhu..
Ok2 lah,banyak merapu la zaty ni..K, nak share sikit about wanita, bangunlah..Sebagaimana yg kita smua tahu,wanita mmg kaum yg lemah..tp,itu just perumpamaan je tau..Hakikatnya,wanita zaman sekarang lebih kuat.. Mcm lagu Sumayyah,jgn disangka tangan yg lembut menghayun buaian tu tak boleh menggoncang dunia..Wanita zaman sekarang lebih berpendidikan tinggi..Mindanya terbuka luas tp masih menjaga tatatertib seorang wanita muslimah..Hebat wanita..

Zaty banyak mendengar kisah2 wanita yg ditindas di TV, dada akhbar dan sebagainya..Sesungguhnya,dalam Islam,wanita tu diangkat darjatnya..Terasa sedih bila kaum seangkatan ditindas sewenang2nya oleh kaum lelaki..Kami wanita yg harus dilindungi sebaiknya..
Si suami,bila dah ada isteri bertudung labuh menutup auratnya,menjaga percakapannya,sampai tak dgr suaranye,ibu yg baik pd anak2mu,apalah lagi yg kamu mahukan ??Tidak cukupkah?

Ohh...Allahuakbar..Bangunlah wanita..Kamu punya hak..Hak istimewa disisi Allah dan undang2 Islam..Jangan risau..Allah pasti bersamamu..Ramai wanita sekarang masih mendiamkan perbuatan sang lelaki..Dek kerana takut..Tak boleh mcmtu..Bangunlah..Sayangnya..Kalaulah zaty punya kudrat untuk membantu semua kaum wanita diluar sana..Zaty nak bela nasib kita..Sekeliling zaty,ramai yg bernasib mcmni..Zaty harap zaty akn menjadi seorang wanita yg kuat..

Wanita, bangkitlah !
Kau srikandi putri bangsa,
Datangmu tak diminta,
Pergimu dirasa,
Bebaskan rasa takutmu demi maruah wanita srikandi ...

Tuesday, March 19, 2013

# Dinner together #

Holla...Salam :)
Just nak update dinner tadi je..Sempena ulangtahun kami..Just makan2..Borak2..
Lepas tu balik rumah sebab ada banyak kerja menanti..huhu
Dinner kat ZAAZ Cafe je,Easy Cafe full,e-Place pun...
Menu pilihan : Chicken chop with rice n Ice Lemon Tea je..
Si dia menu yg sama cuma air tukar Soya..Huhu mimpi pe tah tiba2 order soya..
Malam ini menjadi kenangan manis..
Jalan2 Fraser Hill tagguh lepas sttlekan present projek akhir..

mengantuk sudah...nite everyone...

Monday, March 18, 2013

# 2nd Annivesary #

Holla...Assalamualaikum..
Chatkah kamu-kamu semua ? Zaty start kelas lambat sikit harini..Pukul 11 nanti start..So, ade masa nak update jap nih..HIHI..

Harini, ulangtahun zaty n si dia yg ke 2..Perkenalan kami dah lebih dari 2 tahun actually..
Tarikh ni pun saja kami tetapkan..Act, sebelum tarikh ni pun dah jd lebih dr kawan.. :)
2 tahun lebih bersama dgn dia..Banyak mengubah sudut2 hidup zaty..
Si dia seorang yg bersifat tenang..Sedangkan zaty seorang yg sedikit menggelabah..Boleh tengok kot perbezaannya..Masa ztay sibuk cari benda kesayangan yg hilang,tangan dan mulut sama berbunyi,tap si dia tak..Si dia hanya diam n cakap " Sabar, cari perlahan2,cuba jangan menggelabah" Hai laa..
Memang kontra..Tp,kontra tulah buat kami saling melengkapi..

InsyaAllah..dalam masa beberapa tahun lagi, ikatan ini akan kami eratkan lagi dgn ikatan pertunangan dan pernikahan..Buat masa ini,perlu sediakan ilmu rumahtangga yg cukup dlu..Nak kahwin bukan senang taw..Kena stabilkan kewangan n diri sendiri dulu..Alhamdulillah,keluarga tak menghalang hubungan kami..Mereka merestui..Si dia ni pandai betul amik hati mak zaty..

Satu keluarga memang sayang benor laa kat dia ni..HIHI..
InsyaAllah..semoga jodoh kami berpanjangan..Semoga suatu hari nanti, dia akan menjadi suami yg terbaik buat zaty..Itulah doa hari2 after solat..Terima kasih Allah,mengurniakan rasa cinta ku padanya..Namun,cintaku pd Allah melebihi segalanya..Tidaklah aku jatuh cinta padanya,tanpa cinta dariMu..Redhailah hubungan ini sampai ke akhirnya..InsyaAllah.. :)

Terima kasih juga pada insan ini,andai aku tidak bertemu dgnmu,pasti aku tidak mengenali si dia..Tp,jodoh Allah itu pasti..Ada jodhnya,pasti ada..Takkan kemana..

Salam..XOXO...Publish..Entry romantik hari ini..

Sunday, March 17, 2013

# Lovely evening #

Hye :D salam 1 malaysia...hihi..
Today is Sunday..malasnya nak balik rumah sewa..dapat balik 3 hari je..lepas ni lambat lgilah dapat balik..Hurm..Mesti rindu kat mak, abah, iman, iqa n amie.. Rindu suasana at rumah nanti..
Actually, ada banyak kerja tapi dapat balik rumah kan,so tak nak lepaskan moment2 at rumah sebab kerja2 tu..Zaty boleh buat,boleh siapkan nanti..Family lagi penting kan..Sy memang berjiwa family..

Semalam,pergi bawak adik Iman main layang2..Dah berapa hari my mom cakap dia asyik ulang2 ayat yg sama je " Iman na main layang2 " HIHI..Semalam bawak jugaklah dia gy tepi pantai..Pantai Selangor..tam mcm pantai kat negeri lain..boleh mandi-manda..Pantai kat sini sesuai untuk aktiviti istirehat dengan keluarga je..Main layang-layang,duduk tepi batu,makan2 tu jelah..

Pantai ni pun suit lah untuk photographer2 shoot sunset or wedding ke..Cantik..Ramai jugak yg memilih untuk jadikan tempat shooting..Okeylah,nak tunjuk gambar2 semalam..Mostly zaty yg snap,sometime Mr. AA yg snap..

Tudung - Tg. Malim je Top - TS Skirt Labuh - TS Bracelet - F.O.S Watch - Sungai Wang Plaza Beg - TS Kasut - North Star

Hehe..Gambar diatas just for inspirasi hijabista je..

Layang2 Hannah Montana tu bukan adik zaty punya, belongs to other kids,that one helang Iqah punya, Iman punya yg colourful tu

Mak n abah :D

Iman fokus tarik tali

Siapa yg main ni ?? Abg or adik ? HIHI

Nak jugak dia ni main layang2 HUHU
Okeylah, sekian ... :D