Hai korang..entry kedua untuk harini..Aku tengah rajin nak update ni biarlah kan..Sesiapa yg tak baca lagi entry sebelum ini dipersilalan baca..Jemputla singgah baca sat naa..
Okey untuk topik kali ini..Aku memilih tajuk berkenaan kuih bulan..Pernah dengar kan..?Pernah makan?Ok,jom aku introduce sikit pasal kuih bulan ni..
Kuih bulan adalah salah sebuah kuih tradisional cina. Ia dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh.
Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan
dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih
bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan
keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang
paling penting.
Persoalannya adakah kuih bulan ini HALAL dimakan..? Mengikut JAKIM,hanya ada 6 pengeluar kuih bulan saja yang telah mendapat sijil HALAL..Kesahihannya, korang boleh pergi ke link ini
www.halal.gov.my
Actually, aku pernah rasa sikit..Yang ini..Betul2 sikit je..Yang aku rasa ni,ada cop HALAL nya..
Tapi,aku rasa ini kali pertama aku rasa and terakhir kali lah kot..
Okeylah korang..sekian sahaja entry pd malam ni..Aku kena iron baju untuk esok..
Adik aku ada interview gov kat SPP,Putrajaya..So,kena bangun awal..
Daa korang...Selamat membaca..dan Mengomen..
No comments:
Post a Comment
Komen lah sikit sayang sekalian :)